Tuesday, June 15, 2010

kek untuk tempahan







saya ingin menjual bermacam macam kek lapis yang sedap dan berbagai bentuk untuk tempahan ,sekiranya berminat untuk membeli secara borong pihat kami juga menyediakannya,bermacam macam perasa kek serperti coklat,kelapa,vanila dan sebagainya.kek yang disediakan sedap dimakan di waktu petang dan sebagainya.sekira berminat hubungi nombor talipon di bawah.tempahan sekarang ada potongan harga .cepat sapa lambat rugi.....0199425275 yang beralamat mazlina ismail belakang pejabat pos kampung ayer puteh 24010 kemaman terengganu.

PETUA KECANTIKKAN 1


Atas cadangan dari seorang pengunjung kami tambah satu lagi kategori petua iaitu petua kecantikkan. Bahan yang kami paparkan adalah dari sumbangan rakan-rakan dan pengunjung. Ada juga bahan yang kami dapati dari sumber internet. Semuga petua kecantikkan ini akan menambah pengetahuan anda dan mengamalkannya jika anda berhajat.Jika anda ingin menyumbangkan petua sila klik disiniMENU PETUA KECANTIKKAN
01-
Bibir merekah
02-
Masalah jerawat
03-
Rambut kekal hitam
04-
Jerawat batu
05-
Seri wajah
06-
Atasi Rambut Gugur
07-
Segarkan Mata
08-
Agar Rambut Kekal Hitam
09-
Rambut Beruban & Kelimumur
10-
Menghilangkan Bau Kaki
11-
Hilangkan Tanda Hitam dilutut & Siku
12-
Memutihkan Gigi
13-
Pulihkan Kulit Terbakar
14-
Menghilangkan Kelimumur
14-
Mengekalkan Kecantikan
16-
Kulit Cerah dan Licin
17-
Menghilangkan Parut
18-
Menegangkan Kulit Muka
19-
Melembutkan Rambut
20-
Merawat Kulit Berkedut

Monday, June 14, 2010


KERANA hati yang pecah dikerjakan cinta gadis-gadis perawan kalbu, penulis buku ini asalnya mahu membawa diri. Dia mahu lari dari bayang-bayang seksa batin dan kemurungan. Agaknya begitulah. Tetapi dia tidak pergi jauh. Bukan dengan mencampakkan diri ke tempat yang terlalu asing.
Dikisahkan lagi, dari Ipoh dia kemudiannya memulakan 'perjalanan' untuk menenangkan jiwa yang kacau. Dengan poket tipis dan bas awam, dia ke Kelantan terlebih dahulu, sebelum pusing hampir satu Semenanjung untuk itu.
Tulisan dalam buku ini dimulakan dengan kata-kata ringkas yang personal. Beberapa baris awal ayat-ayatnya seperti memberi petunjuk bahawa pembaca akan dibenarkan untuk memasuki hidup penulisnya. Yang dibayangkan adalah kejutan-kejutan dengan sisi-sisi perincian insiden atau mungkin pengakuan-pengakuan jujur tentang diri.
Penulisnya, yang lebih ramah disapa dengan nama Jay, seorang pemuzik bebas. Bermula awalnya dengan band Bloodymary yang punya nama besar dulu, disambung dengan band Freelove dan kini siap dengan album solo kedua dengan nama pentas Mohd. Jayzuan.
Latar ini dilengkapkan juga dengan judul buku 28 Hari: Jurnal Rock n Roll. ia sudah tentunya memberi persepsi yang besar terhadap catatan-catatan Jay di dalam buku ini yang mungkin akan memunggah rasa dan ketahuan kita. Sekurang-kurangnya tentang diri penulisnya dalam latar sebegitu.
Tetapi, hamparan kata-kata yang terselit di antara dua kulit buku ini hanya bermain di permukaan. Misalnya, dia menyebut tentang jiwa yang punah, tetapi tidak dilanjutkan dengan penjelasan emosi yang dalam tentang semua itu.
Sedangkan, jika merujuk kepada antara kata-kata yang banyak menghuni buku ini seperti 'kemurungan', 'separuh mati' dan 'tak ada jiwa', semua itu pemberat yang membuatkan kita mahu tahu lebih lanjut tentang pergolakan diri dan apa sebenarnya yang terjadi kepada seorang ikon rock n roll independen tempatan seperti dirinya.
Persinggahan
Jay hanya mengisahkan perjalanan fizikal yang dilalui sepanjang tempoh 28 hari berjalan itu, bukan pencarian dan percaturan jiwanya. Dia menikmati tempat-tempat yang menjadi persinggahan, dikelilingi oleh teman-teman lama dan baru. Perkara paling besar dikisahkan dalam buku ini ialah ketaksuban dan kerinduan dirinya terhadap makanan-makanan setempat di setiap persinggahan itu.
Selepas membaca pasca kata tulisan Noh Hujan, kita masih tertanya-tanya soalan ini: Di mana hal-hal rock n roll dalam buku ini? Adakah ia merujuk kepada latar diri penulisnya? Atau disebabkan ada beberapa band dan komuniti muzik yang disebut di dalamnya? Atau, kebarangkalian yang terakhir, merujuk kepada corak penulisan dan gaya bahasa longgar Jay?
Sekurang-kurangnya daripada judul buku yang diberi, kita membayangkan buku ini mampu menjadi secebis projek dokumentasi muzik tempatan. Paling tidak bagi kelompok-kelompok muzik sekitar diri Jay.
Dia memang ada menyebut beberapa band, misalnya The Rollicks dan Carburetor Dung. Tetapi, itu tidak disertakan dengan penyataan-penyataan atau ingatan nostalgik band-band yang suatu masa dulu pernah menjadi inspirasinya.
28 Hari: Jurnal Rock 'n RollMohd. JayzuanSang Freud Press2010
Maksud di sini adalah, di samping catatan perjalanan, refleksi tentang muzik berdasarkan pengalaman primari atau first-hand experience, Jay akan menjadikan tulisan-tulisannya lebih bermakna.
Dia bergaul dan kenal secara peribadi dengan pemuzik-pemuzik daripada kelompok yang dekat dengan dirinya. Sudah tentu, jika cerita-cerita ini ditimbulkan sedikit sebanyak, pasti akan lebih menggamit. Mungkin tidak ada orang lain lagi yang mampu berbuat demikian selain Jay, dan juga kerana akses untuknya sudah terbentang di depan mata. Tulisan-tulisan travelog mana mungkin terpisah daripada bentuk penulisan biografi, tentunya.
Meskipun begitu, penerbitan buku ini dirasakan memberikan isyarat baru kepada khalayak umum. Penulis-penulis baru kini yang datang dari latar muzik misalnya, sudah tidak takut-takut untuk menerbitkan kerja-kerja tulisan mereka.
Ya, kualiti penulisan mereka masih boleh dipertikaikan, tetapi kesungguhan dan deria rasa mereka terhadap cita rasa baru amat jelas. Jika diperkemas, dimenungkan dan rajin-rajin difikirkan, tidak mustahil penulisan-penulisan sebegini akan menjadi bentuk penulisan kontemporari tempatan yang mampu mencetuskan ombak baru.
Apa pun, Jay ada cerita untuk disampaikan. Tidak banyak pemuzik di Malaysia yang mahu cuba-cuba menulis. Penerbitan berkisar muzik lainnya juga, seperti majalah-majalah yang ada sekerat dua di kedai akhbar sekali pun tidak mementingkan sisi penulisan yang baik.
Jadi, sekurang-kurangnya Jay mahu mencuba menawarkan sesuatu melalui pengalamannya, tetapi tetap memerlukan kesedaran baru bagi lapangan penulisan. Diharapkan, jika ada kesinambungan siri tulisan ini, ia akan lebih matang dan mengesankan.
Rock n roll ada getar dan rusuh yang tersendiri. Tetapi ia tidak bermakna perkataan itu boleh disalah erti dan diambil mudah. Begitu juga dengan penulisan dengan nada rock n roll, ia sepatutnya menjadi lebih garang dan tidak tertambat lesu.
Buku ini dilancarkan secara rasmi pada 12 Jun 2010 di The Annexe, Pasar Seni sempena Pameran Buku Alternatif Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh diajukan kepada penerbitnya melalui e-mel dvinecomedy@hotmail.com atau layari www.sufianabas.blogspot.com.